nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mengaku terkhilaf, 3 ADUN PAS mohon ampun Sultan

11 DIS: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Perak iaitu Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Mohd Khalil Yahya (Kubu Gajah) hari ini merafak sembah memohon keampunan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, kerana kekhilafan mereka tidak menghadap baginda seperti dititahkan pada jam 3 petang, Selasa lalu.

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berkata, mereka sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Negeri Perak dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Perak.

“Justeru, saya Razman Zakaria bersama Mohd Akmal Kamaruddin dan Mohd Khalil Yahya, dengan rendah diri dan rendah hati menzahirkan permohonan ampun kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Shah, di atas kekhilafan tidak mengadap seperti dititahkan baginda kepada kami bertiga, pada jam 3 petang, Selasa lalu.

“Sehubungan itu PAS Perak mengutus surat bagi menzahirkan permohonan keampunan dan maaf kami atas perkara itu,” katanya dalam sidang media khas di Pejabat PAS Perak di Ipoh, sebentar tadi.

Sebelum ini, Razman mengesahkan tiga ADUN PAS membatalkan majlis menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini yang dijadualkan pada jam 3 petang, Selasa lalu, atas arahan pucuk pimpinan parti.

Selain PAS, wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga tidak menghadap Sultan Nazrin.

Dalam perkembangan berkaitan, Razman mengesahkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menghantar surat kepada Istana Perak memohon untuk mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai isu pelantikan Exco Perak dalam kalangan ADUN PAS, Razman mengesahkan perkara itu sudah diputuskan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Terdahulu, Saarani dalam sidang medianya mengesahkan pelantikan Exco yang baharu termasuk dari Pas hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Menteri Besar hanya boleh mencadangkan nama-nama yang sesuai.

Bagaimanapun, Saarani menegaskan, kuasa mutlak pelantikan Exco terletak di bawah kuasa Sultan dan hak mutlak baginda untuk memperkenankan nama-nama yang dicadangkan untuk dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.