nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan lucut harta BN Johor Bahru diketahui 9 Jun

5 JUN: Keputusan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55 yang disita daripada Barisan Nasional (BN) Johor Bahru yang sepatutnya ditetapkan hari ini di Mahkamah Tinggi telah dilapangkan.

Wang itu, yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide memberitahu Bernama, keputusan permohonan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh itu dijadualkan semula pada 9 Jun depan.

“Tarikh keputusan 5 Jun dijadualkan semula kerana mengikut jadual tugasan Yang Arif semasa tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan nama pemegang jawatan BN Johor Bahru dalam notis melucut hak harta cawangan parti politik itu, berjumlah RM677,872.55.

Sebelum ini, bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata permohonan perlucutan hak difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) dan suruhanjaya percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.