nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD dua taman di Kuantan, dua kampung di Sarawak mulai esok

26 MAC : Berita tular mengenai dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Taman Guru, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang bermula tengah malam tadi, akhirnya menjadi kenyataan apabila kawasan perumahan itu akan dikenakan perintah tersebut bermula esok. 

Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan, PKPD dilaksana selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi peningkatan kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi di kawasan perumahan tersebut. 

Menurut beliau, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 178 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Guru, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang bermula 27 Mac 2021 hingga 9 April 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya menerusi kenyataan harian laporan COVID-19, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria menafikan dakwaan tersebut bahawa PKPD di Taman Guru telah bermula tengah malam tadi. 

Malah, beliau memberitahu kandungan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang uar-uarkan itu tidak tepat dan  selayaknya arahan PKPD hanya boleh dikeluarkan oleh Ismail Sabri. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD turut dikenakan di dua Kampung di Daerah Kecil Sibuan, Sarawak iaitu Kampung Batu Gong dan Kampung Chupak bermula esok.

Beliau berkata, sehingga semalam, sejumlah 50 kes positif COVID-19 dilaporkan di Kampung Batu Gong manakala 338 ujian saringan juga telah dilakukan di Kampung Chupak. 

“Daripada jumlah itu sebanyak 57 kes positif telah direkodkan, 41 didapati negatif serta 240 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. 

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Batu Gong dan Kampung Chupak, Daerah Kecil Siburan, Sarawak bermula 27 Mac 2021 hingga 9 April 2021. 

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.