nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan bergaduh, apa yang penting menang banyak kerusi

1 APRIL: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin kepemimpinan parti komponen yang mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh mencapai kata sepakat dalam agihan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, parti komponen GRS akan mencari jalan dan langkah terbaik jika perlu berhadapan dengan kesan situasi politik di Semenanjung pada PRU15.

Menurut beliau, parti komponen yang mendokong GRS tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat yang mahukan negeri itu dibangunkan terutama dari segi ekonomi, dan tidak terikut dengan situasi politik Semenanjung.

“Parti komponen GRS mempunyai persefahaman politik yang amat baik dalam melaksanakan mandat itu yang wajar dihormati oleh semua pihak.

“Dapat mandat kita laksanakan mandat rakyat. Situasi politik Semenanjung tidak ganggu keadaan di sini kerana keadaan politik di sana berbeza dengan Sabah, kita tidak boleh terikut dengan cara mereka di Semenanjung walaupun kita satu negara tetapi jauh juga dipisah dengan Laut Cina Selatan. 

“Kita yakin dengan kebijaksanaan kepemimpinan parti komponen GRS boleh capai kata sepakat untuk kerusi ditandingi.

“Kita tidak perlu gaduh yang penting boleh menang banyak kerusi di Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran sambutan ulang tahun ke-75 RTM peringkat negeri di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. 

Terdahulu, UMNO Sabah tetap akan meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya tetap akan mempertahankan kerajaan GRS Sabah biarpun Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata senario di Semenanjung berbeza dengan di Sabah kerana rakyat sebelum ini telah memberi mandat kepada GRS untuk membentuk kerajaan baharu di negeri berkenaan.

GRS terdiri daripada parti komponen PN iaitu Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS), Barisan Nasional (Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah, MCA, MIC) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.