nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Audio tanda jajaran baharu politik ditolak PAS

9 APRIL: Pendedahan perbualan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tanda ke arah jajaran politik baharu yang ditolak PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sebelum ini, UMNO mengumumkan mewujudkan jajaran baharu politik dan pendedahan audio itu adalah gambaran penubuhan kerjasama berkenaan.

“Audio ini adalah sebahagian daripada jajaran baharu, perkara itu baharu diumumkan dan pendedahan menunjukkan tanda-tanda jajaran baharu,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

Abdul Hadi menegaskan, PAS tetap tidak akan menerima sebarang bentuk kerjasama bagi mewujudkan jajaran baharu politik membabitkan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, PAS konsisten menolak penubuhan jajaran baharu politik, sebaliknya terus memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

“Kita terus dengan PN bukan jajaran baharu, kita tolak jajaran baharu,” katanya.

Ditanya jika rakaman audio dinafikan kedua-dua pemimpin itu benar-benar tulen, Abdul Hadi menyerahkan perkara berkenaan kepada rakyat untuk dinilai.

“Tulen atau sebaliknya saya tidak tahu. Cukup masyarakat menilai, sudah berapa kali tulen tak tulen, kerja macam itu sudah banyak kali,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi mengesahkan PAS sedang mengadakan rundingan pembahagian kerusi bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadapi PRU-15.

Katanya, rundingan itu dilakukan wakil kepimpinan daripada kedua-dua parti terbabit sebagai persediaan awal menjelang PRU.

Mengulas lanjut, tanpa memaklumkan peratusan keputusan perbincangan itu, Abdul Hadi berkata, PAS tidak bersikap terburu-buru dalam soal pembahagian kerusi kerana tarikh PRU-15 belum diketahui.

“Soal jumlah dan lokasi kerusi yang akan PAS bertanding pula, bergantung kepada keperluan serta kesesuaian semasa.

“Setakat ini perbincangan berkenaan hanya membabitkan PAS dan BERSATU manakala rundingan bersama UMNO bergantung kepada penyelesaian masalah parti itu.

“Lagipun sebelum ini sudah ada jawatankuasa dibentuk tapi parti itu ubah di tengah jalan, jadi buat masa ini disebabkan UMNO bermasalah, kita dengan BERSATU dulu,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.