nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP di beberapa daerah di Terengganu, Johor dan Perak

5 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di beberapa daerah di Terengganu, Johor dan Perak selama dua minggu, mulai Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKP di Terengganu membabitkan 14 mukim dalam daerah Besut.

Katanya, mukim itu adalah Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.

“Sejak 1 April sehingga 3 Mei 2021, KKM merekodkan 406 kes positif hasil daripada 5,617 ujian saringan yang dijalankan ke atas penduduk di lokaliti terbabit.

“KKM memaklumkan peningkatan kes di daerah ini, berpunca daripada pergerakan keluar masuk pelajar dan pekerja dari negeri jiran dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi iaitu 95 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung perkembangan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Arahan itu juga, katanya, dikenakan selepas Besut merekodkan 15 kluster bagi tempoh sama dan ada yang menular ke lokaliti lain.

Ismail Sabri berkata, di Johor, PKP akan dilaksanakan Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, selepas KKM memaklumkan jumlah kes aktif di tiga daerah terbabit adalah tinggi, membabitkan kes sporadik dalam komuniti.

“Ketiga-tiga daerah ini juga berstatus zon merah dengan jumlah melebihi 150 kes, manakala kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 70 peratus,” katanya.

PKP di Perak pula, katanya, dilaksanakan di mukim Taping, selain daerah Larut Matang dan Selama selepas KKM melaporkan peningkatan kes positif secara mendadak.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, peningkatan kes dikesan di tiga kluster aktif mukim terbabit, iaitu kluster Jalan Kolam Dua di Kampung Expo, Jalan Pokok Assam di Kampung Pokok Assam dan Jalan Sepat di Kamunting.

“Pelaksanaan PKP ini bagi memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan dijalankan ke atas kes baharu di daerah berkenaan, selain mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti serta kawalan lain.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKP adalah sama seperti diumumkan sebelum ini dan bagi maklumat lanjut, sila rujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu www.mkn.gov.my,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.