nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM dan ATM wujudkan Field ICU di Hospital Kepala Batas

16 MEI: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan kadar penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Pulau Pinang kini melebihi 100 peratus dan memaksa kementerian mewujudkan ‘Field ICU’ bagi menampung keperluan semasa.

Berikutan itu Dr Noor Hisham berkata beliau mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini untuk sesi ‘Dry Run Field ICU’ yang akan didirikan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dr Noor Hisham berkata semasa sesi ‘dry run’ tersebut, satu sesi taklimat telah dijalankan Pengarah Perubatan, Markas ATM-Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Mejar Jeneral Datuk Dr Mohammad Amirrudin Hamdan sebagai persediaan melancarkan proses pembinaan ‘Field ICU’ bagi menampung peningkatan kes-kes kritikal yang mendadak di Pulau Pinang.

“Berdasarkan kepada analisa situasi semasa, Kementerian Kesihatan berpandangan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan ‘Field ICU’ yang dikhaskan untuk merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas di atas faktor peningkatan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 di hospital-hospital Pulau Pinang yang telah mencecah lebih daripada 100 peratus.

“Kementerian Kesihatan juga mendapati trend kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang telah meningkat lebih 45 peratus untuk tempoh dua minggu kebelakangan ini dan trend ini dijangka akan berterusan khususnya apabila wujudnya kluster-kluster baharu yang melibatkan rumah jagaan warga emas dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ‘Field ICU’ yang bakal didirikan di Hospital Kepala Batas ini akan menggunakan konsep modular yang mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan ‘life support’ lain.

Antara kemudahan yang ada di Field ICU berkenaan termasuklah mesin dialisis untuk pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang akibat daripada jangkitan COVID-19, dan ‘infusion pump’ bagi menyokong fungsi jantung.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan mendirikan makmal modular dan unit radiologi modular bagi memberikan kemudahan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pesakit-pesakit kritikal yang ditempatkan di ‘Field ICU’ ini.

“Semoga segala usaha ini dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam memastikan rawatan yang terbaik diberikan kepada pesakit-pesakit kritikal COVID-19 di Kepala Batas dan kawasan sekitarnya, seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.