nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

7 juta dos vaksin untuk swasta, kerajaan negeri

1 JUN: Syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) diberi kebenaran oleh kerajaan untuk membekalkan tujuh juta dos vaksin Sinovac kepada syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu berdasarkan permohonan pihak berkenaan untuk membeli secara terus vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga.

Beliau berkata jumlah dos vaksin yang dimohon itu akan dibekalkan kepada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri secepat mungkin, sekali gus bakal mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19.

“Setakat hari ini, kita menerima permohonan daripada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri untuk membeli tujuh juta dos vaksin daripada Pharmaniaga, iaitu empat juta dos daripada pihak swasta dan GLC serta tiga juta dos daripada kerajaan negeri.

ISMAIL SABRI

“Setakat hari ini, kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) mampu mengeluarkan 500,000 dos seminggu atau dua juta dos sebulan vaksin Sinovac ‘fill and finish’.

“Jika keperluan dan permintaan meningkat, kilang ini mampu meningkatkan pengeluaran kepada sejuta dos seminggu atau empat juta dos sebulan pada Ogos nanti, sekali gus sedia membantu kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Terdahulu beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat Kilang Berteknologi Tinggi Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong.

Pharmaniaga adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Bhd. LTAT bernaung di bawah Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, Ismail yakin pemberian vaksin kepada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri akan memberi impak positif kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerana ia akan memendekkan tempoh menunggu penerima vaksin.

“Senarai penerima vaksin yang ada pada swasta, GLC atau kerajaan negeri sudah tentu sama dengan yang berdaftar dalam PICK.

“Contohnya, jika jumlah penerima vaksin dalam senarai swasta ada sejuta orang, maka senarai penerima dalam PICK akan berkurang sejuta orang juga, jadi tempoh menunggu untuk yang lain dapat dipercepatkan,” katanya.

Ditanya bila tujuh juta dos vaksin itu akan mula diagihkan, Ismail memaklumkan ia bergantung kepada kelulusan penghantaran daripada JKJAV dan KKM.

“Vaksin dah ada di tangan Pharmaniaga. Ia boleh disegerakan pada bila-bila masa. Kita juga sedia bantu dapatkan tempat di hospital swasta untuk bantu laksanakan vaksinasi ini, dengan kebenaran KKM,” katanya.

Sementara itu, Adham menjelaskan, pemberian tujuh juta dos vaksin kepada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri tidak akan menjejaskan bekalan vaksin Sinovac kepada kerajaan pusat.

Jelasnya, pemberian vaksin itu akan berjalan serentak bersama PICK, sekali gus bakal mempercepatkan jumlah individu yang bakal menerima vaksin COVID-19.

“Kelulusan pembelian secara terus vaksin Sinovac oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) ini akan mengutamakan syarikat dan kerajaan negeri di kawasan yang merekod kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

“Kelulusan ini sekali gus menambah kategori pusat pemberian vaksin (PPV) yang diumumkan sebelum ini, iaitu PPV Kementerian Kesihatan (KKM), Klinik Kesihatan, hospital kerajaan, awam, klinik swasta, hospital swasta, industri, kerjasama awam swasta, negeri, mega dan pandu lalu,” katanya.

Ditanya sasaran vaksinasi KKM susulan peningkatan bekalan vaksin Malaysia bermula bulan ini, Adham berkata, Malaysia bakal menerima hingga lima juta dos vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac sepanjang bulan Jun.

Sehubungan itu, katanya, KKM akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di PPV dengan menambah jumlah sukarelawan dan pemberi vaksin.

“Ini dilakukan dengan memanggil petugas kesihatan yang sudah bersara untuk kembali bertugas, ‘houseman’ (doktor pelatih) tahun terakhir dan mereka yang masih belum mendapat tempat untuk berkhidmat dengan KKM,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.