nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM yakin MBM teruskan kerjasama dengan kerajaan bantu belia

23 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus bekerja rapat dengan kerajaan untuk membantu dan membawa suara generasi muda dari peringkat akar umbi agar sentiasa didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan.

Muhyiddin berkata, sejak penubuhannya, MBM selaku organisasi yang menaungi golongan belia telah memainkan peranan penting membantu dan membawa suara belia untuk perhatian kerajaan.

Katanya lagi, sebagai golongan yang termasuk dalam senarai yang diberikan tumpuan oleh kerajaan khususnya ketika pandemik COVID-19, belia tentunya memerlukan perantara atau orang tengah yang boleh menjadi penyambung suara mereka di pelbagai peringkat.

“Sudah pasti, MBM selaku organisasi yang mewakili suara orang muda boleh dan telah memainkan peranannya dalam aspek ini.

“Seiring usia penubuhannya, saya yakin MBM akan terus bekerja rapat dengan Kerajaan untuk membantu dan membawa suara generasi muda dari peringkat akar umbi agar sentiasa didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan. Insya-Allah. Selamat Ulang Tahun Ke-73 MBM!,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan ringkas menerusi Facebooknya sempena sambutan ulang tahun ke-73 MBM hari ini.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan RM7,081,000 kepada MBM bagi membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urus tadbir pertubuhan belia bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  berkata, pemberian peruntukan berkenaan adalah sebagai satu lagi langkah dalam Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS).

Datuk Seri Reezal Naina Merican

“Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada MBM dan 145 badan-badan gabungannya yang terdiri daripada 19 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, 14 Majlis Belia Negeri (MBN), 106 Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam Pertubuhan Badan Beruniform (PBU).

“Inisiatif ini juga akan membolehkan gerakan pertubuhan belia berjalan dengan baik, diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan,” jelasnya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, KBS memahami kesulitan dihadapi oleh pertubuhan belia khususnya MBM selaku badan induk pertubuhan belia peringkat kebangsaan seperti diperuntukkan di dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Beliau berkata peranan dimainkan MBM cukup penting selaku rakan strategik KBS dalam mewakili suara belia kepada kerajaan serta bekerjasama menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan belia khususnya dalam aspek pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.