nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOSTI sasar 60 peratus populasi dewasa setiap negeri divaksin

30 SEPT: Sasaran berfokus terkini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah untuk memastikan semua negeri mencapai sekurangnya-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, CITF akan terus memberi tumpuan pengagihan bekalan vaksin ke negerinegeri yang mempunyai bilangan kes positif COVID-19 yang tinggi berdasarkan data semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Justeru, beliau berkata, sasaran kerajaan supaya hampir semua populasi dewasa lengkap dos vaksin sebelum penghujung bulan Oktober boleh dicapai.

“Melalui usaha ini, Kerajaan percaya sasaran peralihan Fasa melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dipercepatkan. Sebagai contoh semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peralihan Fasa untuk Lembah Klang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3. 

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) juga kini telah mencapai peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi melebihi 85 peratus semalam.  Melihat kepada pencapaian ini, MOSTI menerusi CITF optimis, bahawa usaha yang sedang dilaksanakan dalam PICK sedang berjalan mengikut landasan dan perancangan yang ditetapkan. 

“Sebagai langkah mempercepatkan proses vaksinasi, pihak CITF melalui Operasi Lonjakan Kapasiti telah berjaya memvaksinasi hampir semua penduduk dewasa di Lembah Klang,” katanya ketika sesi jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan bilakah jangkaan yang pasti imuniti kelompok 80 peratus boleh dicapai dan adakah rancangan untuk memastikan hingga ke tahap 100 peratus divaksinasi.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Ahmad berkenaan persiapan menghasilkan vaksin terhadap varian yang baru serta rancangan untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi menghadapi pelbagai virus alpha, delta, lambda dan lain-lain, Adham memaklumkan MOSTI telah memperuntukkan lebih RM15 juta bagi pembangunan R&D khusus untuk vaksin COVID-19 

Menurut beliau, peruntukan itu telah diberikan kepada beberapa institusi penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya dan juga saintis di Universiti Putra Malaysia. 

“Selain itu, KKM telah memberikan peruntukan R&D bagi usaha membangunkan vaksin COVID-19 di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) milik KKM yang mula dirancang sejak awal bulan April 2020. 

“Terdapat dua teknologi vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan di IMR, KKM iaitu Teknologi Vaksin mRNA; dan Teknologi Vaksin Virus Ternyahaktif. Vaksin di IMR akan dibangunkan secara strategik bersama penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Veterinar (VRI). 

“Pada masa ini, kedua-dua projek ini berada di peringkat makmal, iaitu bukti konsep (Proof of Concept) sebelum fasa kajian pra-klinikal (haiwan) dilaksanakan,” katanya.

Mengulas berkenaan perkembangan pembangunan vaksin COVID-19 di IMR, Adham memaklumkan vaksin virus ternyahaktif telah berada di tahap penyahaktifan virus manakala vaksin mRNA sedang menjalani proses “in vitro transcription”. 

“Dengan adanya kemahiran menjalankan pembangunan vaksin COVID-19, teknologi vaksin tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan vaksin bagi mencegah jangkitan bakteria atau virus yang lain serta rawatan penyakit kronik. 

“Kita juga sedang membangunkan Pelan Pembangunan Vaksin Negara dengan tujuan memastikan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. 

“Ianya tidak terikat kepada vaksin  COVID-19 sahaja. Jawatankuasa bagi membangunkan pelan ini dipengerusikan bersama di antara MOSTI dan KKM,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.