nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarikh buka sempadan Malaysia-Singapura diketahui awal Ogos

6 JULAI: Malaysia dan Singapura dijangka memuktamadkan tarikh sebenar pembukaan pintu sempadan kedua-dua negara, pada awal bulan depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia dan Singapura sudah memulakan rundingan bagi pembukaan sempadan kedua-dua negara yang merangkumi empat kategori penting yang dicadangkan.

Katanya, kategori pertama ialah pembukaan Laluan Hijau Timbal Balik untuk urusan perniagaan penting (essential business) serta urusan rasmi melibatkan kedua-dua negara.

Kedua, Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk membolehkan rakyat Malaysia dan Singapura yang merupakan pemegang pas imigresen
jangka panjang (untuk tujuan perniagaan dan bekerja) pulang secara berkala ke negara masing-masing bagi tujuan cuti pendek.

Kategori ketiga adalah bagi rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang alik setiap hari atas urusan kerja dan keempat pembukaan sempadan sepenuhnya.

“Menerusi perbincangan ini, Malaysia konsisten menekankan kepentingan untuk kedua-dua negara mencapai kesepakatan khususnya dari sudut prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan awam COVID-19.

“Ia penting bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat kedua-dua negara yang terlibat dalam pergerakan rentas sempadan ini,” katanya dalam media, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Wisma Putra juga sedang mengadakan rundingan dengan negara zon hijau COVID-19 yang lain bagi membolehkan pembukaan sempadan bersyarat kepada beberapa kategori pengecualian sebagai contoh urusan perniagaan penting dan pelajar antarabangsa yang mahu meneruskan pengajian.

Katanya, rundingan itu juga membolehkan kemasukan bekalan makanan dari dan ke negara-negara jiran di Asia Tenggara yang bakal dimuktamadkan selepas mendapat persetujuan di Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Mesyuarat Kabinet.

“Sesungguhnya, pelaksanaan pembukaan sempadan ini bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan penelitian dan persediaan rapi serta kesefahaman antara Malaysia dengan negaranegara terlibat.

“Justeru, perbincangan ini mengambil masa sebelum ia boleh dimuktamadkan. Dalam hal ini, apabila pergerakan rentas sempadan ini dibolehkan, Wisma Putra akan berusaha sebaiknya demi memastikan ia memanfaatkan kedua-dua negara dan pada masa yang sama tidak
menjejaskan usaha kita memerangi wabak COVID-19,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin berkata, Wisma Putra menyambut baik cadangan yang dikemukakan menerusi Mesyuarat Khas Menteri -menteri Mengenai Pelaksanaan PKP seperti diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ismail Sabri mencadangkan supaya Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluaskan bagi membantu usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara.

“Menerusi dana ini, lebih banyak usaha akan dapat dilakukan dan di pihak Wisma Putra kami akan terus berusaha termasuk berunding dengan Kerajaan negara-negara terlibat demi memastikan usaha memudahcara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas dapat dipermudahkan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.