nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH masih keliru siapa calon PM

7 JULAI: Tindakan Pakatan Harapan (PH) membuat pusingan U dengan menamakan semula Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menunjukkan mereka bukan hanya terdesak, malah suka berbohong dan memutar belit fakta selepas kehilangan kuasa pada Mac lalu.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shahrin berkata, PH sekarang juga dikatakan masih keliru kerana meletakkan syarat jika Anwar mahu menjadi Perdana Menteri beliau kena ‘menyembah’ Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Presidennya Datuk Mohd Shafie Apdal untuk mendapatkan restu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, ini bermakna PH masih lagi keliru dan berdebat siapakah paling layak menjadi Perdana Menteri seterusnya jika mereka kembali berkuasa.

“Mereka kena ingat bahawa kejatuhan kerajaan PH sebelum ini bukan berpunca daripada sabotaj pihak lawan namun akibat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri ketika itu.

“Tidak kira sama wujud Langkah Sheraton ke Hilton Move ke kerajaan PH tidak akan jatuh kalau Perdana Menteri kamu ketika itu tidak meletak jawatan kerana berlaku konflik dan perebutan jawatan antara Dr Mahathir dan Anwar,” katanya ketika dihubungi PNBBC Portal, hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham memberitahu, tindakan PH membuat pusingan U itu juga menunjukkan pakatan pembangkang berkenaan adalah sebuah gabungan parti politik yang bukan hanya ‘lidah bercabang’, suka memutar belit fakta dan suka mungkir janji apabila mereka sudah berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan.

“PH adalah parti bukan hanya lidah bercabang, malah berbelit-belit, suka penipu, apabila gagal mentadbir negara dengan baik dan kehilangan kuasa maka mereka mula heboh menjaja cerita mengenai mahu mengembalikan mandat rakyat.

“Berikutan itu mereka sengaja menghebohkan cerita supaya diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk mengembalikan mandat rakyat semula tetapi apabila beberapa kelompok pemimpin dalam Perikatan Nasional (PN) mula bercakap pasal PRU-15 mereka ‘menikus’ dan ‘terkencing’ kerana takut  kehilangan kuasa pemerintahan di peringkat negeri.

“Mereka menggunakan alasan tidak perlu ada PRU-15 kerana ada penularan wabak COVID-19. Malah, kalau Perdana Menteri berjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, mereka tidak akan berbuat demikian untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PH dengan alasan tidak sesuai kerana penularan COVID-19, pada hal sebenarnya takut kehilangan kuasa apabila kalah PRU-15.

“Sebelum ini kamu cakap mandat rakyat tetapi apabila ada PRK di Chini takut kerana rakyat sudah tidak bersama mereka lagi. Apa yang mereka nak hanyalah untuk berkuasa dalam saki baki masa sebelum PRU-15 untuk terus menjual aset dan menjahanam negara demi kepentingan diri,” katanya.

Dalam pada itu Chegubard juga menempelak tindakan PH membantah cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengusulkan penukaran Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada sesi Parlimen, minggu depan kerana mereka juga berbuat perkara sama sebelum ini.

“Kontroversi bantahan PH terhadap cadangan penukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Timbalannya adalah satu lagi lawak jenaka… Ini kerana PH turut berbuat demikian dengan menukar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri apabila mereka menang pilihan raya ke-14 sebelum ini.

“Kamu menang di peringkat pusat kamu tukar tak Speaker? Jawapannya sudah tentu tukar untuk memudahkan proses pentadbiran di Parlimen mahu DUN. Speaker harus ditukar supaya prokerajaan memerintah untuk memudahkan proses pembentangan usul-usul dan dasar kerajaan.

“Sebenarnya pemimpin PH ini penipu selepas gagal melaksanakan hampir semua manifestor yang dicanangkan mereka pada PRU-14, sebelum ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.