nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Johor: Ahmad Zahid, Mohamad temui pemimpin negeri

25 JAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka bertemu kepemimpinan negeri malam ini bagi persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sumber UMNO berkata, kunjungan kedua pemimpin tertinggi parti itu akan dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar.

“Pertemuan tertutup akan diadakan di Saujana pada jam 8.30 malam ini dengan disertai pimpinan UMNO Johor.

AHMAD ZAHID

“Esok pagi pula, Presiden dan Timbalan Presiden akan menyertai Mesyuarat UMNO Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO, di Jalan Yahya Awal, bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor.

“Setakat ini, ketetapannya memang Presiden dan Timbalan Presiden akan ke Johor Bahru bermula malam ini, namun ia tertakluk pada perubahan saat akhir,” lapor Berita Harian hari ini.

Semalam, UMNO dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN Johor yang akan diadakan.

Mohamad dilaporkan berkata, jumlah itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen BN.

Difahamkan mesyuarat pagi esok bersama komponen BN Johor itu bagi membincangkan soal pengagihan kerusi akan ditandingi parti komponen berkenaan.

Dalam pada itu, sumber UMNO turut memaklumkan setakat ini UMNO Johor kekal dengan keputusan awal untuk bertanding di 40 kerusi dalam PRN Johor.

“Mungkin juga akan berlaku pertukaran kerusi di antara UMNO dengan komponen BN terutama di kawasan majoriti Melayu bagi memastikan parti memperoleh kemenangan lebih besar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.