nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majikan diingatkan ambil serius tentang gaji minimum

25 JULAI : Pihak majikan di negara ini diminta mengambil serius mengenai gaji minimum sebanyak RM1,500 yang telah ditetapkan kerajaan pada 1 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pekerja merupakan tunjang utama dalam mana-mana organisasi; di mana mereka boleh ‘make or break’ sesuatu perniagaan.

Sehubungan itu katanya lagi, Kerajaan kini giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.

“Namun saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak-anak tempatan.

“Saya  ingin mengingatkan majikan bahawa mulai 1 Mei lepas gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500  bagi keselesaan hidup Keluarga Malaysia.

“Bagi menangani ketidakpadanan ini, Kementerian Sumber Manusia digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil-wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Jelas Perdana Menteri, sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik 1 April lepas, ekonomi negara beransur pulih dan kadar  pengangguran menurun pada kadar 3.9 peratus pada April  tahun ini, dengan bilangan penduduk bekerja direkodkan seramai 15.85 juta orang.

Perkembangan ini menurutnya merupakan hasil pelaksanaan inisiatif Kerajaan menerusi kerjasama merentasi kementeriankementerian, agensi-agensi pelaksana dan industri, sekali gus berhasil membantu menempatkan lebih 558,000 pekerja pada tahun lalu.

“Namun keadaan ketidaktentuan dunia akibat krisis geopolitik dunia dan perubahan iklim global telah menjejaskan rantaian bekalan bahan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang.

“Ini memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia yang terpaksa meniti cabaran ini yang turut menjejaskan sektor pekerjaan.

“Bagi menepis tempias cabaran yang dihadapi Keluarga Malaysia, Kerajaan mengambil pelbagai inisiatif termasuk menganjurkan ekspo kerjaya ini yang seharusnya  dimanfaatkan oleh pencari kerja dan para majikan,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, dengan gabungan lima elemen utama iaitu, majikan, pekerja, ekonomi gig, keusahawanan dan perusahaan sosial, ekspo kerjaya ini benar-benar memberikan solusi kerjaya yang lengkap kepada rakyat Malaysia.

“Kerajaan amat prihatin dengan keluhan Keluarga Malaysia dan sentiasa mencari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka termasuk berkaitan pengangguran dan kehilangan pekerjaan.

“Bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan efektif, pelbagai inisiatif berkonsepkan ‘jamin kerja’ telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

“Saya ingin menyeru kepada para majikan termasuk agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan swasta supaya menyediakan peluang kerja dan insentif terbaik untuk pencari kerja,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.