nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JMKM Siswa dilaksanakan bermula 16 Oktober ini

29 SEPT : Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa akan dilaksanakan bermula 16 Oktober membabitkan 20 buah kampus institut pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gantian Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, menjelaskan, merupakan projek rintis oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.

“Barang yang dijual dalam program ini berbeza daripada barangan JMKM di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), sebagai contoh tak ada barang basah. Senarai barangannya sedang dimuktamadkan, tetapi umumnya ia meliputi keperluan pelajar seperti alat tulis dan barangan kering.

“Ini akan bantu kurangkan beban siswa, kalau mereka dapat diskaun, penjimatan itu boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan program JMKM @ De-Dagang oleh MDEC yang berlangsung dari 12 September hingga 17 September lalu telah memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat dan 241,000 peniaga, dengan nilai dagangan RM543.47 juta dijana menerusi 11 juta transaksi urusniaga.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Teknikal akan bermesyuarat Isnin depan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur ayam gred A, B dan C.

“Kita mendapat laporan kekurangan bekalan telur ayam gred A, B dan C di pasaran. Untuk menanganinya, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal akan bertemu dengan penternak dan pengeluar telur pada hari Isnin depan.

“Kita perlu dengar daripada mereka apa masalah yang dihadapi, sebelum tindakan diputuskan dan diumumkan,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.