nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan siap siaga, kurangkan risiko banjir

5 OKT: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) giat melaksanakan pelbagai langkah jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini memfokus kepada kerja-kerja penyelesaian jangka pendek yang berimpak tinggi namun dengan kos yang lebih rendah.

“Sebagai persediaan awal untuk jangka pendek KASA melalui JPS memberi fokus kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran, mendalamkan sungai serta meninggikan benteng sungai bagi mengurangkan impak banjir.

“Bagi jangka panjang, JPS telah meningkatkan kesiapsiagaan untuk musim Monsun Timur Laut ini dengan menyediakan dan menambah baik aset-aset jabatan. Ini termasuk menyediakan 284 buah pam, 203 kenderaan, 35 bot, 995 sistem telemetri di Semenanjung Malaysia dan 315 stesen telemetri di Sabah, Sarawak dan Labuan, 526 siren amaran, 77 kamera, 605 tolok lurus sungai dan 966 tolok lurus kawasan bagi mengukur kedalaman sungai serta kawasan tapak yang diukur,” katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji yang membangkitkan soal pelan dan tindakan perancangan awal kerajaan menghadapi kemungkinan banjir besar berikutan fenomena La Nina, Monsun Timur Laut dan taburan hujan di luar jangka.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kerajaan turut meneruskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM10.53 bilion.

“Ini termasuk 100 projek tebatan banjir bernilai RM10.53 bilion yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12) sedang dilaksanakan di seluruh negara.

“Pelaksanaan projek-projek RTB ini akan meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir serta pertambahan keluasan kawasan yang terjejas sebelum ini,” katanya

Beliau turut memberitahu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca sepanjang musim Monsun Timur Laut antara November 2022 hingga Januari 2023 adalah lebih lembap di timur Semenanjung, timur laut Sabah dan barat Sarawak berbanding monsun yang lain.

Katanya fenomena La Nina yang sedang berlaku kini dijangka akan berterusan sehingga awal tahun 2023 manakala kawasan di utara Semenanjung akan mengalami kekurangan hujan pada Januari hingga Mac 2023.

Tambahnya, METMalaysia juga turut menjangkakan episod luruhan monsun yang membawa hujan berterusan akan berlaku sepanjang musim monsun timur laut daripada November 2022 sehingga mac 2023.

Manakala negeri-negeri pantai barat juga boleh mengalami hujan berterusan sekiranya luruhan monsun ini meningkat serta adanya sistem tekanan rendah seperti yang berlaku pada tahun lepas.- Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.