nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : Mahkamah tinggi tolak saman  Charles Santiago

28 OKT : Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman pemula yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 yang didakwanya menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana tidak dibuat berdasarkan nasihat Jemaah Menteri.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa saman pemula yang membabitkan pembubaran Parlimen adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.

Katanya, kuasa prerogatif terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara mutlak untuk membubarkan Parlimen.

Jelasnya, Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif tidak perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri bagi membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Kuasa untuk meminta pembubaran Parlimen terletak kepada kuasa Perdana Menteri sepenuhnya dan ia tidak boleh diadili di mahkamah.

“Sehubungan itu saya mendapati saman pemula plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan ia remeh, menyusahkan serta satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menurut Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa budi bicara mutlak untuk membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen ke-14.

Ahmad Kamal berkata, dalam penghakimannya, berkata Perdana Menteri tidak perlu mendapatkan persetujuan atau mengadakan rundingan terlebih dulu dengan Jemaah Menteri untuk meminta Parlimen dibubarkan dan perkara itu tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Ahmad Kamal yang membenarkan permohonan Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan saman pemula difailkan penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata tindakan undang-undang berkenaan tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah.

Beliau berkata, ia disebabkan kuasa meminta pembubaran Parlimen terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak selaku Ketua Badan Eksekutif dan beliau boleh membuat permintaan bagi pembubaran tanpa mendapatkan nasihat daripada anggota Kabinet.

Charles selaku plaintif memfailkan saman pada 11 Oktober lalu antaranya memohon perisytiharan bahawa permintaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober lalu untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am Jemaah Menteri, oleh itu terbatal serta tidak sah.

Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dihentikan atas alasan musim banjir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.