11 NOV : Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda laut di Tonga, hari ini menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan.
Berita Yang Berkaitan
Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di kira-kira 200km tenggara bandar Neiafu.
“Gelombang tsunami berbahaya mungkin melanda pantai terletak dalam lingkungan 300km dari pusat gempa,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.