nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin cabar Anwar dedah dana PH

15 NOV : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan dakwaannya bahawa PN adalah parti politik paling kaya dalam kalangan parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15.

Muhyiddin turut mencabar Anwar agar  mendedahkan dana gabungan itu dan beliau akan melakukan perkara yang sama jika Anwar melakukan perkara yang sama berhubung dana PH.

“Apa bukti? Apa bukti? Kalau nak tunjuk akaun antara PH dengan PN, saya boleh tunjukkan.

“Boleh tak? Boleh Anwar Ibrahim tunjuk berapa akaun PH?” kata Muhyiddin ketika berkempen untuk calon PN Johor Bahru, Mohd Mohtaj Yacob di Stulang Laut.

Menurut Muhyiddin, PN merupakan gabungan baru yang tidak memiliki banyak sumber.

“Kami parti baru. Kami tidak mempunyai banyak sumber. Kita cuma ada orang yang rasa nak tolong kita, itu sahaja,” tegasnya.

Sebelum ini media memetik kenyataan Anwar yang mendakwa PN merupakan parti politik paling kaya ketika kerana mendapat kontrak berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.

Dakwa Anwar, semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri ketika itu, banyak projek dikeluarkan tanpa tender kepada pihak tertentu.

Berucap ketika ceramah di Bagan Datuk, Perak, Anwar dilapor mendakwa projek tersebut termasuk kontrak Digital Nasional Berhad (DNB) yang menjadi pemegang tunggal lesen 5G bernilai RM18 bilion.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Mac 2020 dan kekal memegang jawatan itu selama 17 bulan, sebelum digantikan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin bagaimanapun kekal dalam kerajaan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara, walaupun tidak sehaluan dengan BN beberapa bulan menjelang PRU15.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.