nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sarawak: GPS tak berminat kerjasama dengan PKR

4 NOV : Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 dan tidak berminat menjalinkan kerjasama politik dengan PKR.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasrat PKR untuk menjalin kerjasama itu disifatkannya sudah terlambat.

Menurutnya, landskap politik Sarawak berbeza dengan peringkat Persekutuan, justeru kerjasama antara parti di peringkat nasional tidak semestinya perlu diteruskan dalam pilihan raya negeri.

“Di peringkat Persekutuan, itu urusan mereka. Kita di negeri, dalam Dewan Undangan Negeri, hanya ada GPS bersama pembangkang.

“Jadi, kalau PKR mengatakan mereka mahu menjalinkan kerjasama, sudah agak terlambat untuk bercakap mengenai kolaborasi seperti ini. Kita tetap akan menganggap mereka sebagai pembangkang,” katanya seperti yang dilaporkan.

Dalam pada itu, beliau berkata GPS yang dianggotai empat parti mempunyai kekuatan tersendiri dan sentiasa meletakkan kepentingan Sarawak sebagai keutamaan dalam menentukan hala tuju pentadbiran negeri.

“GPS akan bergerak sendiri. Kita sudah menjadi gabungan empat parti yang merangkumi seluruh Sarawak. Apa yang kita utamakan ialah ‘Sarawak First’, Sarawak diutamakan.

“PKR ialah parti dari Semenanjung, parti nasional yang ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Jika kita mengharapkan PKR menang, kemudian setiap keputusan penting melibatkan Sarawak perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Kuala Lumpur, kita tidak mahu keadaan seperti itu.

“Kita juga tidak mahu DAP. Ibu pejabat DAP berada di Kuala Lumpur dan apa-apa isu penting di Sarawak perlu dirujuk ke sana untuk mendapatkan kelulusan,” katanya.

Abdul Karim berkata, pendirian itu selari dengan keputusan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini yang menyatakan gabungan itu akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN Sarawak.

Katanya, GPS mahu setiap keputusan berkaitan Sarawak ditentukan oleh kepimpinan serta parti yang beroperasi di negeri itu tanpa perlu bergantung kepada pihak luar.

Tegasnya, mana-mana parti di luar GPS akan dianggap sebagai parti pembangkang dalam konteks pilihan raya negeri itu.

“Kenapa kita perlu melalui keadaan seperti itu, sedangkan kita mempunyai parti-parti yang terlibat secara langsung di Sarawak dan boleh membuat keputusan di sini untuk kebaikan serta kesejahteraan rakyat negeri ini?

“Atas sebab itulah saya berpendapat, sama ada PKR, PAS atau DAP, jangan fikirkan soal kerjasama dengan GPS,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.