nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini

22 DIS : Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini apabila aktiviti membeli saham berharga rendah muncul, sejajar dengan prestasi positif di pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 peratus atau 5.80 mata kepada 1,468.35 daripada paras penutup 1,462.55 pada Rabu.

Petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 1.24 mata kepada 1,463.79, bergerak antara paras 1,462.41 dan 1,468.35 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 447 berbanding 386, manakala 424 kaunter tidak berubah, 1,007 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.50 bilion unit bernilai RM1.33 bilion daripada 2.91 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks serantau kebanyakannya tinggi hari ini susulan petunjuk positif daripada Wall Street semalaman.

“Di dalam negara, kami mengunjurkan sentimen pasaran kekal kukuh berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik dan kami menjangkakan indeks tersebut kekal positif pada masa depan.

“Selain itu, dengan sokongan daripada institusi tempatan, kami menjangkakan FBM KLCI meneruskan aliran meningkat dengan jajaran 1,460 hingga 1,490 menghala ke hujung minggu,” katanya.

Dari segi teknikal, Pak Leng menjangkakan paras sokongan berada pada 1,460, dan paras ketahanan pada 1,500.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank turun tujuh sen kepada RM8.71, kedua-dua Public Bank dan CIMB susut satu sen masing-masing kepada RM4.40 dan RM5.78, Tenaga Nasional jatuh tiga sen kepada RM9.14 dan Petronas Chemicals naik 32 sen kepada RM8.40.

Dalam kalangan kaunter cergas, Reneuco naik 4.5 sen kepada 30 sen, Top Glove meningkat 3.5 sen kepada 75.5 sen dan Citaglobal menokok setengah sen kepada 29.5 sen, manakala Advance Synergy dan Serba Dinamik tidak berubah masing-masing pada 18 sen dan satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik sebanyak 45.15 mata kepada 10,539.90, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 97.50 mata kepada 10,649.67, Indeks FBM 70 menokok 71.20 mata kepada 12,884.88, Indeks FBM ACE menambah 35.80 mata kepada 5,501.65 dan Indeks FBMT 100 melonjak 44.14 mata kepada 10,249.67.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 48.65 mata kepada 6,822.00 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.11 mata kepada 178.50.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga berkurangan 2.44 mata kepada 781.83 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 50.67 mata kepada 16,551.51.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menguncup kepada 1.44 bilion saham bernilai RM986.39 juta berbanding 1.63 bilion saham bernilai RM1.24 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 365.20 juta unit bernilai RM90.05 juta daripada 298.01 juta unit bernilai RM49.10 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 694.25 juta saham bernilai RM252.66 juta berbanding 981.97 juta saham bernilai RM420.68 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 411.44 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (369.24 juta); pembinaan (44.33 juta); teknologi (125.75 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (40.23 juta); hartanah (58.98 juta); perladangan (12.52 juta); REITs (3.70 juta) dana tertutup (6,100); tenaga (186.36 juta); penjagaan kesihatan (121.25 juta); telekomunikasi dan media (25.39 juta); pengangkutan dan logistik (30.26 juta); dan utiliti (13.10 juta).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.