nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamzah tempelak Teresa persoal tindakan terhadap Rayhan Kabir

4 OGOS: Tindakan Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok cuba mempertahankan Md Rayhan Kabir dan media antarabangsa, Al Jazeera yang menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown ditempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ini kerana Teresa enggan menerima penjelasan Hamzah berhubung tindakan kerajaan terhadap kedua-dua pihak.

Menurut Hamzah, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing termasuk menghantar mereka yang tidak diingini pulang ke negara asal di bawah Seksyen 9, Akta Imigresen.

Tegasnya, tindakan terhadap media asing itu berikutan Al Jazeera menyiarkan dokumentari yang dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Menurut beliau, laporan dokumentari yang dihasilkan media itu tidak tepat, tidak bertanggungjawab serta tidak adil di samping tidak timbul isu kementerian menafikan hak kebebasan media.

“Selaras dengan Seksyen 9 Akta Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia telah batalkan pas lawatan kerja sementara subjek (Md Rayhan) dan notis telah diserahkan kepada majikannya,”.

“Manakala Md Rayhan telah direman dibawah Seksyen 51 b Akta Imigresen dan ditempatkan di depoh tahanan Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Hamzah berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Namun, Teresa yang tidak puas hati dengan jawapan itu, cuba membidas kenyataan Hamzah namun Hamzah mengecam persoalan yang dibangkit oleh Ahli Parlimen Seputeh itu.

“Yang Berhormat (Seputeh) jelaskan bahawa Ketua Pengarah Imigresen di bawah Seksyen 9 boleh diambil tindakan mana-mana warga asing yang kita rasa tidak diingini bagi kita. Itu penjelasan saya.

“Yang Berhormat pun pernah jadi menteri cuba semak akta itu balik..kita memang boleh hantar sesiapa sahaja yang bukan warga negara yang kita tidak mahu di negara kita yang kita boleh ambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Sebelum, ini, pihak berkuasa telah membuat siasatan menyeluruh terhadap penerbitan dokumentari Al Jazeera  International (Malaysia) Sdn Bhd kerana kandungannya dan bukan bermotifkan politik

Siasatan menyeluruh dilakukan polis terhadap dokumentari berdurasi 25 minit itu juga membabitkan pihak lain iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Md Rayhan pula yang diburu Imigresen  akhirnya ditahan oleh JIM, pada 24 Julai lalu selepas JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan warga Bangladesh itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Media melaporkan, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.