nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undang-undang RoS memberi kuasa rujuk kepada Menteri

9 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberikan pengecualian kepada UMNO berhubung usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam pemilihan parti.

Katanya, Saifuddin sudah menjelaskan perkara itu berdasarkan kuasa menteri.

Anwar bercakap kepada media selepas menghadiri majlis di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, undang-undang memerlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) merujuk kepada menteri dan undang-undang memberi Menteri kuasa tertentu.

Malah Anwar berkata, beliau juga sebelum ini pernah “mengatasi” keputusan yang dibuat penjawat awam.

“Sebagai contoh, beberapa pegawai telah diarahkan untuk memberikan tender (melalui rundingan terus).

Saya ‘override’ keputusan sedemikian dan meminta tender terbuka,” katanya mengulas keputusan Menteri Dalam Negeri itu.

Selasa lalu, Saifuddin mengesahkan UMNO diberikan pengecualian mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai resolusi dibuat pada perhimpunan agung parti untuk menghalang pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bawah Seksyen 70, menteri diberi kuasa menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.