nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sabah sebahagian Malaysia sampai bila-bila

5 OGOS: Kerajaan Malaysia bertegas mengutuk tindakan Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr berhubung hantaran Twitter beliau, “Sabah is not in Malaysia” baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bekata, negeri itu sebahagian daripada negara berdaulat seperti diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menegaskan, Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu serta mengulangi pendiriannya untuk tidak melayan tuntutan ke atas Sabah.

“Apa yang saya nak nyatakan amat jelas Malaysia kutuk dan menolak kandungan Tweet beliau yang tidak bertanggungjawab apabila Teodoro menyatakan Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia yang membangkitkan marah rakyat khususnya di Sabah.

“Kita tidak akan iktiraf tuntutan pihak asing di Sabah. Sabah sememangnya milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahaian daripada Malaysia sampai bila-bila,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bersatu-Beaufort, Datuk Azizah Dun yang menyatakan tindakan dilakukan kerajaan terhadap kenyataan Teodoro yang menuntut Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina.

Dalam pada itu, bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berhubung sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba menyelesaikan isu berhubung kapal dari China menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan, Hishamuddin bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Jalaluddin.

Beliau turut menyindir PH ketika menjadi pembangkang pandai untuk menuduh kerajaan dengan isu yang sangat kompleks namun ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan, isu tersebut tidak pernah selesai.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan rundingan bersama Menteri Luar China, Wang Yi pada malam ini manakala esok pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Micheal R. Pompeo

“Memang mudah bila kita dalam pembangkang menuding jari dan menuntut penyelesaian sesuatu isu yang begitu kompleks dalam masa terdekat. Apa yang dibangkitkan Jempol, PH memerintah tak selesai juga isunya malah bekas Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) pertahan kapal pengawal pantai China lagi hebat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Namun, apa yang kita bimbang, kita tak mahu Malaysia terheret dan terperangkap dalam geopolitik pertimbangan dua negara kuasa besar. Kita kena elakan pertembungan ketenteraan oleh mana-mana pihak. Isu Laut China Selatan tidak boleh digunakan sebagai pembelah kuasa ASEAN. Kita perlu bersatu padu.

“Kalau kita berpecah jangan harap Malaysia dapat berdepan untuk hadapi bersendirian selesaikan isu ini. kita perlu pastikan solidariti kita kukuh dan sebagai satu blok bagi kita berhadapan dengan kuasa besar,” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.