nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LTTE masih pertubuhan pengganas – KDN

11 OGOS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengklasifikasikan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, KDN mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas kerana ia masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam, keselamatan rakyat dan negara ini.

Menurut beliau, mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terbabit dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan.

Ismail menambah, penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi kawal selia atau pengawasan berkaitan.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi berkaitan kumpulan ini.

Malah, Ismail menjelaskan banyak negara lain termasuk India, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom juga masih meletakkan LTTE dalam senarai kumpulan pengganas.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Setiap kumpulan pengganas perlu dikaji semula setiap enam bulan oleh Menteri Dalam Negeri, mengikut suatu perintah di bawah Seksyen 66B (9) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Selayang, William Leong Jee Keen tentang mengapa kerajaan tidak mengeluarkan LTTE dari senarai pertubuhan pengganas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.