5 MEI: Kementerian Kesihatan hari ini membuat laporan polis terhadap fitnah di media sosial berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa SPRM menahan dua pegawai kanan menteri dan tiga pegawai kementerian.
Laporan terhadap pemilik akaun Facebook Teuku Shafiz Rullah, STEADYAKU47 dan akaun twitter Fadzilah Mamat@fadzilahmamat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.
Posting di Facebook dan twitter itu antara lain mendakwa Menteri Kesihatan juga terlibat dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta.
Laporan itu bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang membuat dan menyebarkan fitnah tersebut.