nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO tidak tutup pintu rundingan termasuk berkait PN

11 MEI: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu tidak pernah menutup pintu untuk duduk di meja perundingan bagi menentukan tentang bagaimana kedudukannya termasuk berkait Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan PN yang didokong ahli-ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti yang lain.

“Soal yang berada di hadapan kita sekarang ini ialah Perikatan Nasional mahu didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan pelbagai parti – parti yang lain.

“UMNO mengambil pendirian dan ini menjadi satu keputusan kepada Majlis Tertinggi bahawa dokongan kita kepada Perikatan Nasional sekarang adalah merupakan dokongan ahli-ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Namun kita tidak pernah menutup pintu untuk duduk di meja perundingan bagi menentukan tentang kedudukan sebenarnya Perikatan Nasional ini kelak.

“Saya ingin mengulangi lagi sekali bahawa kita tidak pernah menutup pintu untuk rundingan. Kita sentiasa membuka ruang untuk rundingan tentu ada beberapa perkara yang haruslah kita selesaikan.,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam Wawancara Khas sempena Ulangtahun UMNO ke-74 yang mengupas topik ‘Menelusuri Perubahan Lanskap Politik Alaf Baru’ yang disiarkan secara Live menerusi facebok UMNO-Online, malam tadi.

Menurut Ahmad Zahid lagi, UMNO bukan sahaja sebuah parti yang berstruktur penuh dan kukuh tetapi juga sebuah institusi sosial Melayu yang peka dan prihatin terhadap semua serta relevan dalam apa-apa juga keadaan.

Malah katanya, UMNO telah berjaya melalui teori domino politik serta cabaran dan halangan yang penuh mencabar sejurus selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Orang melihat UMNO seolah-olah tidak lagi relevan dalam pentas politik negara kita dan UMNO mahu dipecah perintah, maka mereka yang tidak mempunyai daya tahan terpaksa ‘mufaraqah’ mewakili parti sebagai ahli parlimen atau di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Situasi itulah pada hemat saya, saya bukan sahaja dihujani tetapi saya diterjah daripada kiri dan kanan, depan dan belakang malah atas dan bawah kerana ramai tidak memahami bagaimana sukarnya menghadapi situasi itu,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa UMNO mesti tahan lasak dan pada masa yang sama mengutamakan perpaduan serta menolak kepentingan untuk agenda peribadi masing-masing.

Tegasnya, parti akan terus diuji dan akan terus diserang daripada luar namun yang paling membahayakan apabila parti dipecahkan daripada dalam.

Dalam hal inilah saya harapkan sewaktu bulan Ramadhan ini di mana kita merayakan perayaan ulangtahun ke 74 UMNO, kita rapatkan barisan kita, istiqamah kita, buang yang keruh ambil yang jernih,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.