nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syarikat tanggung padah jika pekerja terlibat rasuah

2 JUN: Pengurusan atasan atau wakil syarikat boleh disabitkan kesalahan sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap kelakuan rasuah pekerja atau pihak bersekutu.

Perkara itu termaktub dalam peruntukan undang-undang baharu, Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Pindaan 2018) yang dikuatkuasakan mulai semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan media menjelaskan, penguatkuasaan undang-undang baharu berkenaan dibuat menerusi kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan P.U (B) 247 bertarikh 27 Mei 2020.

Sebelum ini, Parlimen meluluskan pindaan akta berkenaan pada 5 April 2018 sebelum diwartakan pada 4 Mei 2018.

Berikutan itu, kerajaan membenarkan penangguhan tempoh dua tahun diberikan kepada organisasi komersial mulai tarikh terbabit bagi melakukan persediaan sewajarnya sebelum peruntukan undang-undang baharu berkenaan dikuat kuasa sepenuhnya.

“Secara asasnya, menerusi Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018), organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terbabit dengan jenayah rasuah.

“Organisasi komersial itu boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu mengenai kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya,” kata SPRM.

SPRM sebelum ini dilaporkan sedang meneliti cadangan penangguhan pelaksanaan seksyen itu yang sepatutnya dilaksanakan hari ini.

Ia berikutan terdapat permintaan terutama daripada syarikat yang tidak bersedia dari segi pelan antirasuah yang bersesuaian.

Menurut kenyataan itu, organisasi komersial disabit kesalahan hukuman di bawah Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi atau dipenjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Organisasi komersial boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa organisasi itu mempunyai ‘tatacara mencukupi’ yang telah dilaksanakan bagi mencegah berlakunya rasuah dalam operasi atau aktiviti perniagaan mereka.

Peruntukan undang-undang yang juga dikenali sebagai liabiliti korporat ini bertujuan menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah dan mempromosi amalan tadbir urus baik dalam organisasi dan bukan bertujuan untuk menghukum organisasi komersial semata-mata.

Maklumat lanjut mengenai peruntukan undang-undang baharu ini boleh dilayari di portal rasmi SPRM di https://www.sprm.gov.my.

Bagi mendapatkan garis panduan tatacara mencukupi pula, orang ramai boleh melayari pautan http://giacc.jpm.gov.my/garis-panduan-tatacara/. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.