nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Salinan surat Tommy kepada Guan Eng tular

3 JUN: Semalam tular salinan surat yang didakwa ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Surat bertarikh 14 Jun 2019 itu mengandungi maklumbalas Tommy terhadap permohonan Guan Eng agar pembekuan terhadap empat akaun bank milik seorang taikun hartanah bergelar Tan Sri dibatalkan.

Setiausaha Agung DAP itu mengemukakan permohonan tersebut secara bertulis melalui surat bertarikh 31 Mei 2019.

Dalam surat tersebut, Tommy menjelaskan bahawa pembekuan empat akaun terbabit dilakukan ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 21 cek dengan jumlah keseluruhan RM4,085,561 yang dipercayai dari sumber-sumber yang meragukan dan melanggar undang-undang.

Siasatan dilakukan di bawah kta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Beliau menyatakan, berdasarkan maklumat daripada SPRM, semua 21 cek dimasukkan ke dalam salah satu akaun bank terbabit dan semasa pembekuan dilakukan, bakinya hanyalah RM76,645.64.

“Jumlah yang terlibat dalam pembekuan di bawah akta tersebut adalah RM76,645.64 walaupun deposit dari sumber yang tidak sah melebihi RM4 juta dan siasatan tidak menemukan sebarang transaksi meragukan dalam tiga akaun bank yang lain.

“Sehubungan itu, wang dari tiga akaun yang lain tidak boleh dirampas untuk menampung kekurangan baki,” jelasnya.

Tommy menambah, taikun hartanah terbabit bersetuju untuk memulangkan sebanyak RM330,384 pada 26 Oktober 2018 yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal SRC International.

Beliau menyatakan, tindakan itu adalah hasil persetujuan Tan Sri berkenaan dan SPRM dan ia mesti dihormati.

“Wang berjumlah RM330,384 itu telah dibayar kepada SPRM,” katanya.

Tommy juga telah mengarahkan SPRM untuk menarik balik semua arahan pembekuan terhadap akaun-akaun bank milik taikun hartanah itu secepat mungkin.

Seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 1 Jun lalu, Guan Eng memberi alasan bahawa beliau sering memindahkan isu-isu di luar skop tanggungjawabnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Beliau juga percaya SPRM harus diberi ruang untuk menjalankan siasatan ekoran laporan Free Malaysia Today yang mendedahkan isu berkenaan.

Banyak pihak termasuk bekas sekutu Guan Eng dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku salah guna kuasa melibatkan Guan Eng dan Tommy.

SPRM pula menyatakan bahawa suruhanjaya berkenaan telah memulakan siasatan berhubung kebocoran maklumat tersebut.

Rakyat sudah tentu berharap siasatan dilakukan secepat mungkin supaya nama Guan Eng dan Tommy dapat dibersihkan sekiranya mereka tidak bersalah. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.