nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aliran trafik PLUS dijangka meningkat 15%

8 JUN: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjangka aliran trafik di semua lebuh raya kendaliannya akan meningkat sebanyak 15 peratus mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, perkara berkenaan berlaku berikutan kelonggaran rentas sempadan negeri diberikan kerajaan sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai Rabu ini.

Beliau berkata peningkatan aliran trafik berkenaan berlaku kerana orang ramai dijangka mengambil peluang daripada kelonggaran rentas sempadan negeri sempena PKPP untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Azman menjelaskan, sebelum ini, PLUS merekodkan kadar penurunan trafik mendadak di semua rangkaian lebuh raya diuruskannya berikutan pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lalu.

“Namun, jumlah berkenaan mencatatkan peningkatan konsisten sejak Hari Raya Aidfilfitri hingga kini. Sebanyak sejuta kenderaan dicatat menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada hari biasa dan penurunan sebanyak 20 peratus pada hujung minggu.

“Serentak pelaksanaan PKPP, semua kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya kendalian PLUS akan dibuka kepada pengguna.

“Pembukaan semua kemudahan di R&R berkenaan dibuat dengan menerapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan penjarakan sosial terus dipatuhi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula Rabu ini hingga 31 Ogos depan, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Azman menambah, semua gerai R&R termasuk tempat makan dibuka mulai 15 Jun ini, selain PLUS akan menjalankan kerja pembersihan menyeluruh di semua R&R sebagai langkah tambahan bagi kerja pembersihan berjadual, antara 12 hingga 14 Jun ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, semua transaksi langsung bagi urusan tambah nilai di lorong perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go tidak disediakan bagi membendung penularan COVID-19.

“Kita juga sedang memuktamadkan pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di semua lebuh raya kendalian PLUS untuk keselesaan pelanggan pada masa akan datang dengan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya membuat urusan tambah nilai di lebih 11,000 pusat disediakan sebelum menggunakan lebuh raya,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.