nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TH akur keputusan kerajaan tangguh ibadah haji

11 JUN: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M selaras dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Keputusan ini dibuat selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguh penghantaran jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci ekoran penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk di Arab Saudi, hari ini.

Tindakan itu perlu berikutan penularan wabak Covid-19 telah menimbulkan risiko kesihatan awam yang serius di seluruh dunia dan sehingga kini ia sudah menjangkiti lebih 7.4 juta orang dan mengorbankan lebih 418,000 nyawa.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,  Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, keputusan untuk menangguhkan pemergian kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini menunjukkan keprihatinan kerajaan yang amat mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan dengan penangguhan ini, semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji tahun 2020 akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2021.

“Bagi bakal haji yang gilirannya adalah pada tahun 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” tambahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikutan itu, Nik Mohd Hasyudeen berkata semua bayaran haji yang telah didebit akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun TH bakal haji masing-masing dalam masa terdekat, selain layak menerima agihan keuntungan bagi tahun 2020.

“TH memohon semua bakal haji untuk bersabar serta menerima keputusan ini dengan reda dan terus berdoa agar keadaan kembali pulih bagi membolehkan urusan haji diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli mengumumkan kerajaan Malaysia terpaksa menangguhkan penghantaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini akibat penularan wabak Covid-19.

Tambah, Zulkifli keputusan itu juga dibuat dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkara sama turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang, kelmarin.

Selain, Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.