nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SC belum terima maklumat bekas PGCE PNB

19 JUN: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih menunggu maklum balas Permodalan Nasional Bhd (PNB) berhubung percanggahan dalam serahan maklumat syarikat bagi pelantikan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE)nya.

Baru-baru ini, SC telah dimaklumkan bahawa terdapat percanggahan dalam serahan oleh syarikat kepada suruhanjaya tersebut berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas PGCE, dan sehingga kini telah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam serahan berkenaan.

“SC ingin menjelaskan bahawa di bawah Panduan Pelesenan SC, sesebuah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) hendaklah memperoleh kelulusan SC terlebih dahulu bagi pelantikan ketua eksekutifnya.

“Dalam berbuat demikian, pemegang CMSL dan lembaga pengarahnya dikehendaki menjalankan proses ketekunan wajar ke atas keupayaan dan kecekapan individu tersebut untuk mengetuai entiti berlesen,” jelas SC dalam kenyataan media.

SC menambah, proses itu termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu tersebut untuk mempamerkan kemahiran dan ketekunan wajar dalam melaksanakan tugasnya.

Selain itu, SC juga akan menjalankan penilaian kawal selia mengenai latar belakang individu berkenaan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

Keperluan dan amalan SC adalah setanding dengan piawaian yang diguna pakai oleh pengawal selia pasaran modal lain di rantau ini.

“Sebagai pemegang CMSL, PNB dikehendaki memastikan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya, termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan, adalah benar dan tepat setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan sewajarnya.

“Keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan,” kata SC.

Justeru, PNB telah membuat pengisytiharan kepada SC bahawa semua maklumat yang diberikan dalam serahannya kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya adalah benar dan tepat.

Lembaga Pengarah PNB telah menerima peletakan jawatan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 15 Jun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.