nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azam Mohd. Sharim Terhadap DUN Chini

20 JUN: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Sharim Md. Zain berazam meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun dengan lebih banyak pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Beliau berkata, walaupun pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Allahyarham Abu Bakar, masih ada perkara yang ‘boleh ditambah’ dalam kawasan itu yang sebahagian besarnya merupakan tanah rancangan Felda.

“Keazaman itu dibuat bagi melihat tanah rancangan Felda di DUN Chini setanding dengan tanah rancangan Felda lain di negara ini,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Chini hari ini.

Mohd. Sharim yang merupakan generasi kedua Felda Chini 3 menambah, apa yang telah dilakukan Allahyarham Abu Bakar sejak mula menjadi wakil rakyat di situ pada 2004 akan diteruskan.

“Contohnya, saya mahu menyelesaikan keluhan orang muda yang mahu lebih banyak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sini memandangkan buat masa ini hanya terdapat tiga sahaja mesin itu untuk kegunaan semua penduduk.

“Sekarang banyak urusan perbankan dilakukan secara dalam talian, termasuk pembayaran oleh Felda.

“Jadi agak sukar untuk penduduk mengeluarkan wang dengan jumlah mesin yang terhad dan agak jauh,” katanya.

Mengenai dua lawannya yang merupakan calon Bebas bertanding dalam PRK kali ini, Mohd. Sharim berkata, beliau enggan mengambil mudah perkara itu kerana sedar akan amanah daripada pucuk pimpinan BN yang sedang dipikulnya.

“Walaupun ada kekangan ekoran kebiasaan baharu kerana pandemik wabak COVID-19, saya mahu memastikan kempen bukan hanya di kawasan Felda, tetapi juga meliputi kampung tradisi dan kampung Orang Asli yang ada di sini,” katanya.

Beliau juga melihat faktor usia dan pembabitannya bersama Allahyarham Abu Bakar menjadi nilai tambah kepadanya mudah bertemu pengundi.

“Mereka sudah biasa dan kerap melihatnya (Allahyarham Abu Bakar) menguruskan pelbagai program kemasyarakatan di sekitar Felda Chini termasuk program Pesta Lemang Chini yang menjadi tradisi tahunan masyarakat setempat,” jelasnya.

Pada PRK DUN Chini, Mohd. Sharim ditentang dua calon Bebas iaitu ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, yang juga seorang penulis blog.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.