nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan masa sesuai adakan PRU – Ahli akademik

20 JUN:”Sekarang bukan masa yang sesuai adakan PRU (Pilihan Raya Umum) dengan banyak kekangan disebabkan oleh pandemik COVID-19.”

Itu kenyataan Profesor Politik dan Perhubungan Antarabangsa, Sekolah Penggajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Azizuddin Mohd. Sani.

Menurut beliau, ahli politik sebaliknya disaran memberi tumpuan menangani penularan wabak tersebut serta mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, fokus hendaklah pada isu mendesak yang perlu diselesaikan, manakala isu politik lain perlu dikurangkan sehingga keadaan dalam negara kembali stabil.

“Virus COVID-19 ini memberi kesan kepada kesihatan awam, pertumbuhan ekonomi yang hampir menguncup, dan masalah pengangguran. Ini yang mereka (ahli politik) perlu beri tumpuan. Bukan nak menukar kerajaan dan adakan Pilihan Raya Umum (PRU) semula.

“Kerajaan yang memerintah sekarang masih ada tempoh sampai 2023,” katanya memetik BERNAMA
dalam program Suara Profesor Negara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Pasca-COVID-19: Fokus Pemulihan Negara, Elak Berpolitik?’.

Bagi Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Muhammad Asri Mohd. Ali aksi politik yang disifatkan sebagai ‘high politic’ seperti keinginan untuk menjadi Perdana Menteri oleh ahli politik tertentu, perlu dihentikan dulu.

“Kita baru dua tahun adakan PRU dan kerajaan menanggung kos yang menelan belanja sehingga berbilion ringgit. Kalau mahu adakan PRU lagi sebelum tempoh lima tahun ini, saya percaya lebih banyak wang kerajaan akan habis.

“Situasi dalam politik ini, mana-mana matlamat berpolitik itu adalah untuk mencapai kestabilan negara dalam pelbagai aspek, tetapi adakah dengan mengadakan PRU itu, kestabilan akan berjaya dicapai?,” katanya.

Muhammad Asri berkata, rakyat boleh merasa lega dengan usaha dilakukan kerajaan dalam menyelesaikan masalah melibatkan kesihatan awam, berikutan penularan virus COVID-19 yang telah ‘melumpuhkan’ beberapa sektor perniagaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.