nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya BN mampu selesai masalah penduduk Chini

25 JUN: Hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain boleh membawa suara mereka untuk tindakan kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Pusat di bawah Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, situasi adalah berbeza untuk calon-calon Bebas yang ingin mencuba nasib dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini kerana tiada kerajaan di belakang mereka.

“Kalau dia (calon Bebas) menjerit pun suara tidak akan sampai ke mana. Kalau calon BN tak perlu menjerit, bisik sahaja suara rakyat sudah sampai.

“Itu kelebihan BN yang didukung oleh kerajaan negeri Pahang dan juga kerajaan PN di pusat,” katanya seperti dipetik dari laporan UMNO Online.

Sebagai contoh, Ahmad berkata, beliau melihat sendiri bagaimana kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pahang menyelesaikan masalah air ketika musim kemarau dengan mewujudkan pusat tadahan air di sebelah Sungai Mentiga.

“Apabila Menteri Besar Pahang selaku kerajaan negeri bertanyakan kepada pihak yang berkaitan iaitu Felda, kalau hanya sebelas hari takungan air musim kemarau ia tidak akan menyelesaikan masalah air kerana kemarau lebih kurang 20 hari. Masa tu Datuk Seri Najib, Pengerusi Felda dan Menteri Besar pun ada.

“Jadi Pengerusi Felda mewakili kerajaan Pusat, kerajaan negeri diwakili Menteri Besar Pahang bersetuju menambah lagi RM10 juta peruntukan daripada RM18 juta yang ada,” jelasnya.

Selain itu, beliau menambah, Mohd Sharim seharusnya diberi peluang menjadi wakil rakyat sebagai simbolik peralihan kepimpinan kepada generasi kedua Felda.

Ahmad turut melihat Mohd Sharim lebih berkebolehan berbanding dua calon Bebas berdasarkan kepada tenaganya yang masih kental, visi yang cukup jelas dan berhasrat tinggi mengangkat suara generasi muda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.