nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Warga asing terlibat evakuasi perubatan dibenarkan masuk

25 JUN: Hanya warga asing yang terlibat dengan kes evakuasi perubatan sahaja yang dibenarkan memasuki negara ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan sekatan perjalanan antarabangsa berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa 1A kebenaran tersebut melibatkan pesakit kritikal yang memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Dependensi Tinggi (HDU).

Menurut beliau, bagi fasa 1B pula, kebenaran melibatkan pelancong kesihatan yang mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti penyakit barah (onkologi), jantung (kardiologi) dan penyakit-penyakit lain.

“Warga asing yang terlibat perlu mendapatkan surat temujanji terlebih dahulu daripada hospital yang berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

“Kebenaran bagi fasa pertama ini hanya bagi perjalanan ke Malaysia melalui laluan udara sahaja dengan seorang penjaga dibenarkan untuk dibawa bersama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas tentang keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersetuju untuk membenarkan kemasukan warga asing ke Malaysia bagi tujuan perubatan.

Ismail Sabri menambah, bagi pesakit di bawah umur 12 tahun, mereka dibenarkan untuk membawa dua orang penjaga.

Beliau memberitahu, penjaga perlu berada dalam bilik yang sama dengan pesakit sepanjang tempoh rawatan.

“Warga asing yang ingin ke Malaysia bagi rawatan, selain daripada membuat temujanji, perlu menjalani saringan COVID-19 tiga hari sebelum masuk ke pintu sempadan negara dan melengkapkan syarat prakemasukan termasuk bayaran kos perubatan serta memuat turun aplikasi MySejahtera,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, setibanya di lapangan terbang, pengangkutan ke hospital perlu diuruskan oleh pihak hospital dan MHTC. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.