nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syabas! Kali pertama sifar kes COVID-19 tempatan

1 JULAI: Buat kali pertama sejak empat bulan lalu, tiada kes COVID-19 melibatkan jangkitan dalam negara dilaporkan sama ada melibatkan rakyat Malaysia atau warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, untuk hari ini, hanya satu kes dilaporkan iaitu melibatkan jangkitan luar negara.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terutamanya kepada rakyat Malaysia di atas pencapaian ini.

“Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, pencapaian ini hasil kerjasama semua pihak di setiap peringkat terutama dapat melaksanakan kelaziman baharu dan mematuhi SOP,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak leka dengan perkembangan ini sebaliknya terus mengambil pendekatan kawalan kendiri dan menjaga kebersihan diri.

Secara keseluruhan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 21 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 8,375.

Menurut beliau, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara hanya merekodkan satu kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,640 kes.

“Satu kes baharu itu kes import melibatkan warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara yang baru pulang dari Turki.

“Tiada kes positif yang dicatatkan melibatkan kes tempatan namun terdapat empat kes yang dirawat di Unit ICU,” jelasnya.

Dr Noor Hisham menambah, tiada kematian berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari tadi.

“Tiada pertambahan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” ujarnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.