nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Chini: Keluar mengundi ikut waktu ditetapkan SPR

2 JULAI: Orang ramai dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut waktu cadangan tertera pada kad pengundi yang sudah diedarkan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, pengundi perlu merancang masa dan bukan datang pada saat-saat akhir walaupun waktu mengundi ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Beliau berkata, bagi pengundi yang sudah menerima kad pengundi atau sudah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR.

“Pada kad pengundi kali ini, SPR juga meletakkan maklumat masa keluar mengundi digalakkan bagi setiap pengundi.

“SPR meletakkan cadangan masa berkenaan bagi mengelakkan kesesakan, pengundi berkumpul dalam jumlah ramai dan seterusnya memastikan penjarakan sosial dalam kalangan pengundi semasa berada di pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, tindakan itu juga selari dengan prosedur operasi standard (SOP)  ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SPR bagi mengawal dan mengurangkan risiko  penyebaran wabak COVID-19 mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang sedang berkuat kuasa.

Berikutan itu  Azmi berkata, semua pengundi dan pihak terbabit dalam PRK DUN Chini juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan pencegahan CCOVID-19 pada hari mengundi nanti.

“Bagi pengundi yang tidak menerima kad pengundi, mereka boleh membuat semakan maklumat sehari sebelum hari pengundian.

“Semakan boleh dibuat di portal semakan pemilih iaitu https://pengundi.spr.gov.my; talian hotline SPR 03-88927018, menerusi aplikasi MySPR Semak atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 (taip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN),” katanya.

Beliau menambah, pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pengundi atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disarankan untuk mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata, seramai 20,816 daripada 20,972 pengundi biasa layak mengundi Sabtu ini, manakala seramai 156 orang mengundi secara pos.

PRK DUN Chini yang akan berlangsung 4 Julai ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

BN mempertaruhkan generasi kedua Felda Chini, Mohd Shahrim Md Zain, 41, yang juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan bagi mempertahankan kerusi DUN itu kekal milik BN.

Mohd Shahrim akan ditentang ahli perniagaan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, selaku calon Bebas dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat di kawasan DUN itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.