nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bebas diabetes, darah tinggi antara syarat tunai haji 2020

8 JULAI: Sebagai langkah keselamatan musim haji tahun ini, Arab Saudi memperkenalkan syarat kesihatan ketat buat bakal jemaah dalam kalangan penduduk warga asing yang menetap di negara itu.

Penduduk warga asing akan mewakili 70 peratus daripada jumlah 10,000 jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.

Antara syarat yang diperkenalkan adalah bakal jemaah mesti bebas daripada sebarang penyakit kronik termasuk jantung dan diabetes.

Selain itu, Arab Saudi juga menetapkan bakal jemaah berusia antara 20-50 tahun sahaja layak memohon kebenaran menunaikan haji tahun ini.

Jika terpilih, mereka juga harus menjalani ujian swab COVID-19 dan proses kuarantin sebelum dan selepas menunaikan ibadat berkenaan.

Arab Saudi mula membuka pendaftaran haji kepada penduduk warga asing yang menetap di negara itu sejak Isnin lalu dan ia akan berakhir Jumaat ini.

Ibadat haji dijadualkan akhir bulan ini dan jumlah yang dibenarkan tahun ini jauh lebih kecil berbanding 2.5 juta jemaah tahun lalu.

Menurut Kementerian Haji, bakal jemaah dalam kalangan warga Arab Saudi pula antaranya terhad kepada pegawai perubatan dan anggota keselamatan yang pulih daripada virus berkenaan.

“Mereka akan dipilih menerusi pangkalan data yang mengesahkan mereka sudah sembuh daripada virus itu,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dilaporkan portal berita tempatan.

Bakal jemaah akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum tiba di kota suci Mekah dan perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing selepas ibadat haji selesai.

Keputusan mengecualikan jemaah haji dari luar Arab Saudi adalah kali pertama dalam sejarah moden negara itu.

Arab Saudi setakat ini melaporkan lebih 213,000 kes jangkitan coronavirus, yang tertinggi di Teluk dengan hampir 2,000 kematian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.