nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Patuhi SOP, kes tempatan kembali dilaporkan

10 JULAI: Kes baharu COVID-19 melibatkan jangkitan dalam negara kembali dilaporkan hari ini selepas dua hari berturut-turut angka sifar direkodkan.

Bagaimanapun, jumlah tersebut masih mencatkan satu angka iaitu melibatkan lima kes dengan dua dilaporkan di Kuching dan tiga lagi di ibu negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes tempatan itu adalah sebahagian daripada 13 kes positif baharu yang direkodkan hari ini.

Katanya, tiga daripadanya melibatkan rakyat Malaysia iaitu dua kes berkait jangkitan respitori akut yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan seorang lagi hasil saringan sebelum masuk kerja di Kuala Lumpur.

“Dua kes bukan warganegara pula dikesan hasil saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana kedua-dua kes ini disaring semula sebelum proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, terdapat lapan kes import dilaporkan melibatkan rakyat dan pemastautin tetap yang baru pulang dari luar negara.

Katanya, kesemua mereka tidak bergejala melibatkan kepulangan dari Indonesia, India, United Kingdom, Rusia, Singapura, Pakistan.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes,” jelasnya.

Sementara itu, kata Dr. Noor Hisham, pihaknya terus memantau wabak COVID-19 walaupun kes semakin kurang di Malaysia dengan ujian pengesanan dijalankan secara berterusan untuk mengesan kes-kes baru dalam kalangan komuniti.

Antaranya kata beliau, adalah melalui sistem survelan klinikal seperti pengesanan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital.

“Meskipun kebolehjangkitan adalah rendah di Malaysia, namun sistem survelan kita masih dapat mengesan kes-kes ini kerana ia mempunyai kapasiti dan kapabiliti pengesanan yang baik.

“Pada masa sama, rakyat perlu terus patuhi SOP kesihatan kerana kita tidak boleh sesekali leka,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, saringan berulang pula dijalankan sebelum warga asing yang ditahan di depot imigresen dihantar pulang pihak berkuasa.

“Seperti semalam, 98 dijadual dihantar pulang melibatkan warga India dan Nigeria dengan 96 dikesan negatif. Dua yang positif itu diasing dan dirawat untuk tempoh dua minggu. Yang terdedah dengan kes positif juga akan dikuarantin,” katanya. -M.H HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.