nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bunuh Kevin Morais, 6 lelaki dihukum mati

10 JULAI: Selepas hampir lima tahun kematian tragis Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, enam lelaki dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya itu.

Memetik laporan BERNAMA, Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pakar patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 49; serta empat penganggur R. Dinishwaran, 28; A.K. Thinesh Kumar, 27; M. Vishwanath, 30 dan S. Nimalan, 27 selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Morais, 55.

Mereka dituduh membunuh Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya di sini, ke nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Azman mendapati keenam-enam tertuduh mempunyai niat bersama untuk membunuh Morais.

Katanya mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah ke atas pertuduhan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama atas niat bersama tertuduh pertama (Kunaseegaran) dengan tertuduh lain.

“Pembelaan tertuduh-tertuduh juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

“Dengan ini, keenam-enam tertuduh atas niat bersama didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Keenam-enam tertuduh dijatuhkan hukuman gantung di leher sehingga mati,” katanya.

Adik bongsu Morais, Datuk Richard Morais yang turut hadir di galeri awam kelihatan lega selepas hakim menjatuhkan hukuman.

“Saya telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan keadilan bagi abang saya,” katanya kepada pemberita, dan menambah pihak pendakwaan telah melakukan tugas mereka dengan baik.

“Selepas menunggu begitu lama, sekarang saya rasa lega kerana kesemua tertuduh akan dihukum gantung,” katanya.

Terdahulu Hakim Azman ketika membacakan penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan serta lawatan ke tempat kejadian.

Beliau berkata terdapat DNA si mati pada sarung tangan yang dijumpai di dalam kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu Nimalan (tertuduh keenam).

“DNA si mati juga boleh berpindah melalui sentuhan, terdapat DNA tertuduh keenam pada kemeja-T hitam yang dipakai oleh tertuduh Ravi Chandaran,” katanya.

Hakim Azman berkata terdapat rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki sebuah Mitsubishi Triton yang berhenti di sebuah restoran Syed Bistro, di Petaling Jaya pada 3 Sept 2015 pada 5.30 pagi.

“Saksi pendakwaan ke-54 (G. Gunasekaran yang merupakan tertuduh kedua yang kemudiannya menjadi saksi pendakwaan) dalam keterangannya menyatakan dia telah menyertai kumpulan itu dan selepas bersarapan di restoran tersebut mereka bergerak ke kondominium si mati,” kata hakim berkenaan.

Beliau berkata keterangan saksi pendakwaan ke-54 bahawa dia dan Ravi Chandaran telah menyimbah petrol dan membakar kereta si mati juga tidak dicabar oleh pembelaan.

Hakim Azman berkata keterangan Ravi Chandaran bahawa dia membawa kenderaan rasmi kerajaan si mati iaitu kereta Proton Perdana untuk dibaiki juga adalah rekaan semata-mata.

Beliau turut berkata Kunaseegaran dalam pembelaannya tidak menyangkal keterangan seorang saksi pembelaan yang menyatakan terdengar pergaduhan di antara Kunaseegaran dengan Ravi Chandaran yang antaranya menunjukkan pakar patologi itu mempunyai rasa tidak puas hati terhadap Morais.

Morais merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes rasuah Kunaseegaran di Mahkamah Shah Alam.

Hakim itu juga berkata pembelaan Kunaseegaran dengan Ravi Chandaran telah membuka pekung masing-masing apabila Ravi Chandaran berkata doktor itu terlibat dalam kehilangan si mati.

Hakim Azman membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang menyaksikan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 6 April 2016, seramai 70 saksi pendakwaan dan 14 saksi pembelaan telah memberi keterangan.

Mayat Morais ditemukan di dalam dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondomimum di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Wan Shaharuddin Wan Ladin sementara peguam Datuk N. Sivananthan mewakili Kunaseegaran dan peguam Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima lagi tertuduh iaitu Dinishwaran, Thinesh Kumar, Vishwanath, Nimalan dan Ravi Chandaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.