nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sudah-sudahlah kekanda Mujahid kaut keuntungan politik

Oleh: DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Bersungguh-sungguh nampaknya Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa cuba mengambil mileage (keuntungan) politik di sebalik pengumuman keuntungan RM1.25 bilion Lembaga Tabung Haji (TH) bagi enam bulan pertama 2020.

Hakikat yang tidak disedari adalah sebahagian besar keuntungan tersebut merupakan keuntungan sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang masih belum dibayar. Ia hanya untung di atas kertas dan TH menanggung risiko amaun ini berkemungkinan tidak akan dibayar selagi mana sukuk tersebut belum dijamin oleh kerajaan.

Kedua, keuntungan ini juga disumbangkan oleh ketiadaan ibadah haji tahun ini. Secara tidak langsung, TH tidak perlu mengeluarkan subsidi sebanyak RM300 hingga RM400 juta seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi dalam keadaan sebegitupun, prestasi keuntungan TH masih jauh ketinggalan berbanding tahun-tahun terakhir pemerintahan BN. Pada tahun 2017, TH mencatatkan keuntungan RM3.412 bilion. Keuntungan ini telahpun diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara pada zaman awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Adakah keuntungan bagi tahun 2018 dan 2019 yang dibangga-banggakan oleh Kekanda Mujahid telahpun diaudit oleh pihak berkuasa? Jika ya, dimana laporan audit tersebut?

Pengakuan Kekanda Mujahid bahawa tidak berlaku sebarang penjualan aset TH juga meleset.

Laporan The Edge Daily pada 21 Mac 2020 mendedahkan bagaimana UJSB telahpun melupus 13 saham yang asalnya milik TH ketika harga pasaran berada pada paras yang sangat rendah.

Sebagai contohnya, 28.48 juta unit saham Icon Offshore Bhd yang didagangkan pada harga purata 25.6 sen pada tahun 2019, telah dilupuskan pada awal Mac 2020 ketika harganya berada pada paras 6.5 sen sahaja.

Siapakah yang telah memberi izin penjualan saham-saham ini sedangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum terbentuk pada ketika itu?

Begitu juga, bukankah kekanda melalui surat TH bertarikh 3 Disember 2019 telah mempersetujui agar TH melepaskan “First Right of Refusal” yang membolehkan UJSB menjual 18 aset hartanah milik asal TH kepada pihak ketiga?

Dakwaan Mujahid bahawa TH mengalami defisit RM10bilion apabila beliau mengambil alih jawatan menteri adalah tidak benar. Apabila PH mengubah kaedah perakaunan TH dan menolak kaedah Net Realisable Value (NRV) yang diamalkan pengurusan lama, defisit TH setakat 31 Disember 2018 hanyalah RM4.1 bilion.

Defisit ini membesar kepada RM10.9 bilion pada 31 Disember 2018 iaitu selepas PH membentuk kerajaan.

Atas sebab itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa konsisten dalam tuntutan bagi penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) untuk menyiasat dan memulihkan semula kedudukan TH ke tahap yang sepatutnya. Institusi umat Islam ini sepatutnya dipelihara dan tidak dijadikan bidak catur bagi keuntungan politik sesetengah pihak.

Penulis ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.