nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Orang politik jangan ganggu kerja polis – Ayob

11 JULAI: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan tentang cubaan parti politik tertentu memberi tekanan dalam proses siasatan terhadap sekumpulan individu yang ditahan atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau turut menyuarakan kehairanan kerana tiada seorang pun yang merungut apabila beratus-ratus anggota Jemaah Islamiah termasuk pengikut Daesh ditahan semasa bertugas Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dahulu.

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan LTTE, ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” katanya seperti dipetik dari laporan MalaysiaGazette, hari ini.

Ayob berkata demikian dalam temuramah khas dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.

ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran dari DAP sebelum ini pernah dituduh memberi sokongan kepada LLTE namun beliau kemudiannya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Sehubungan itu, Ayob meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

“Pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

“Tindakan saya dan pegawai-pegawai dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju,” jelasnya.

Gunasekaran, 60, sebelum ini dituduh bersama-sama ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.

Pada 31 Oktober lalu, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Jabatan Peguam Negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan LTTE.

Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Tambahnya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.