nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan permohonan Malaysiakini hina mahkamah ditangguh

13 JULAI: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan ke tarikh yang ditetapkan kemudian berhubung permohonan menghina mahkamah oleh Peguam Negara (AG) terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Ketua Pengarang Malaysiakini mengenai komen pembaca yang telah disiarkan dalam portal berita itu.

Memetik laporan BERNAMA, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf yang mengetuai panel itu memberitahu pihak-pihak dalam prosiding hari ini bahawa mahkamah akan memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh keputusan tersebut.

Mahkamah sebelum itu mendengar prosiding komital terhadap Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan S. Nakunavathy  mewakili Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun manakala peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili responden yang telah mengemukakan hujah masing-masing. 

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Pada 2 Julai, Mkini Dotcom, syarikat yang mengendali portal berita Malaysiakini dan Gan gagal mengetepikan kebenaran yang diperoleh AG untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka.

Pada 17 Jun, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak AG untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom dan Gan. 

AG memohon kebenaran untuk memulakan prosiding itu terhadap Mkini Dotcom dan Gan berkaitan komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1″ yang didakwa bersifat menghina.

Pada prosiding hari ini, Nakunavathy berhujah tidak ditetapkan di bawah undang-undang untuk AG menunjukkan bahawa  Mkini Dotcom dan ketua pengarangnya telah dengan sengaja menerbitkan komen berkenaan.

Beliau berkata Mkini Dotcom telah menjadi pemudahcara bagi penerbitan komen berkenaan dan syarikat itu yang dianggap telah menerbitkan komen berkenaan yang disifatkan menghina.

Beliau berkata komen itu telah menjejaskan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman dan telah memperkecilkan, meremehkan dan memperlekehkan integriti badan kehakiman.

Nakunavathy berkata syarikat itu tidak menyediakan perlindungan memadai untuk mencegah penerbitan komen berkenaan dan menurutnya responden telah menyediakan platform yang mempelawa pihak ketiga untuk memberikan komen, oleh itu mereka (responden) perlu memikul tanggungjawab tertentu bagi komen itu.

Malik Imtiaz berhujah AG perlu membuktikan wujud keraguan melampaui munasabah bahawa anak guamnya sengaja menerbitkan  komen berkenaan, dan menurutnya keterangan yang diberikan menunjukkan mereka tidak berniat untuk menerbitkan komen itu.

Beliau berkata seseorang itu tidak boleh disabitkan menghina mahkamah sekiranya beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang kenyataan menghina itu.

Katanya Mkini Dotcom hanya dimaklumkan mengenai komen itu pada 12.45 tengah hari, 12 Jun oleh pengarah eksekutifnya dan komen itu telah dikeluarkan 12 minit kemudian pada hari sama.

Malik Imtiaz berhujah tiada asas dalam undang-undang untuk mempertanggungjawabkan ketua pengarang bagi tindakan Mkini Dotcom kerana beliau tidak menjadi pemudahcara bagi penerbitan komen itu.

Beliau berkata Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 tidak terpakai dalam kes ini kerana ia hanya terpakai bagi kes yang penerbitannya tidak dapat dibuktikan oleh keterangan penerbitan dalam kes internet tanpa nama.

Malik Imtiaz berkata penegasan oleh AG bahawa Mkini Dotcom mengendailkan operasi portal berita dalam talian itu tidak dinafikan.

Beliau berkata Mkini Dotcom juga sejak itu telah mengharamkan kesemua lima pengguna yang menghantar komen itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.