nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mujahid tak ‘gentleman’ – Azeez

15 JULAI: Ahli Parlimen PH Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof dianggap tidak bersifat ‘gentleman’ apabila enggan memberi ruang kepada Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjawab tuduhan yang dilemparkannya berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Bekas Pengerusi TH itu menyatakan beliau sepatutnya diberi peluang memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Muhajid ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Walau bagaimanapun, Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) zaman PH itu menyatakan beliau tidak ada masa.

“Saya ada tiga aje persoalan. Kalau tak bagi, ini baik bercakap tulis buku, tulis dalam surat khabar aje,” tempelak Abdul Azeez.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon seterusnya meminta Abdul Azeez duduk dan Mujahid menyambung perbahasan.

“Yang Berhormat tak gentleman,” kata Abdul Azeez sebelum menyambung bahawa beliau akan menjawab segala tuduhan Mujahid apabila tiba gilirannya untuk berbahas nanti.

“Tapi saya nak bagitahu, saya nak tanya satu saja soalan, mesti dijawab, mengapa kami paksa Yang Berhormat semasa jadi menteri buat RCI (suruhanjaya siasatan diraja),” soalnya.

Beliau menjelaskan, semasa dilantik menjadi Pengerusi TH, agensi tersebut mempunyai aset sebanyak RM48.2 bilion dan meningkat ke RM74.7 bilion pada 2012. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.