nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin, MB Perak calon tunggal Presiden dan Timbalan

16 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan calon tunggal bagi jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu yang dijadualkan akhir September ini.

Jawatan Timbalan Presiden juga tidak berlaku pertandingan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi calon tunggal untuk jawatan berkenaan.

Sementara itu, tiada calon menawarkan diri merebut jawatan Pengerusi Bersatu yang sebelum ini disandang Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin

Bagi jawatan Ketua Armada Bersatu pula, dua calon disahkan bertanding iaitu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Mohd Muzammil Ismail.

Sementara itu, untuk jawatan Ketua Srikandi Bersatu, terdapat empat calon akan bertanding dengan salah seorang daripadanya ialah penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rina Harun.

Seramai 17 calon pula disenaraikan untuk merebut jawatan Naib Presiden Bersatu, termasuk Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan Mazlan Bujang.

Senarai calon untuk Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu dapat diakses dalam laman web rasmi Bersatu https://pribumibersatu.org.my/sys/index.php/calon_mpt.

Sementara itu, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu mengadakan proses cabutan nombor calon di ibu pejabat parti itu untuk calon yang bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), sayap Pemuda dan Wanita.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, senarai nombor calon boleh diakses oleh semua ahli parti melalui laman web Bersatu.

“JPP turut mengambil maklum hasrat calon untuk mencetak nama mereka seperti yang dikenali umum pada senarai rasmi yang akan diedarkan ke semua bahagian, termasuk gelaran darjah kebesaran dan gelaran akademik.

“Calon-calon yang berhasrat melakukan perubahan dalam cetakan rasmi nama mereka bolehlah memaklumkan kepada JPP secara bertulis melalui email jpp.bersatu@gmail.com sebelum 25 Julai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, mesyuarat MPT Bersatu memutuskan perhimpunan agung tahunan parti itu akan berlangsung pada 27 September ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat turut menetapkan perhimpunan agung bagi sayap Pemuda dan Wanita akan berlangsung serentak pada 26 September.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.