nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasar Stutong di Kuching, kluster terbaru COVID-19

18 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 selepas dua penjaja di Pasar Stutong, Kuching, di Sarawak, didapati positif wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 218 peniaga warga Malaysia dan warga asing di pasar terbabit sudah disaring.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 213 adalah warga Malaysia manakala tiga lagi warga China dan masing-masing seorang warga Indonesia dan Vietnam.

Katanya, daripada jumlah saringan ini, 56 orang sudah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah dua kes dikesan positif COVID-19 dan 54 adalah negatif.

“Kluster ini dikesan hasil saringan COVID-19 bagi penjaja pasar terbabit yang dikenal pasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu (targeted approach).

“Pasar ini telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa terdapat lima kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,546 kes (97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sehingga 18 Julai 2020 (12 tengah hari tadi), terdapat sembilan kes baharu yang telah dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,764 kes.

Berikutan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 96 kes dengan semua mereka telah diasingkan dan diberi
rawatan.

“Daripada sembilan kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

“Empat kes import ialah dari negara, Indonesia, Singapura dan Pakistan masing-masing satu kes. Daripada lima kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara Malaysia iaitu kes saringan sebelum berlepas ke luar negara (China).

“Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Baki empat (4) kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu seperti Sarawak empat kes, satu kes saringan kontak rapat dalam Kluster Mambong; satu kes saringan pra prosedur di Hospital Bau, Kuching dan dua kes daripada Kluster Stutong, iaitu kluster baharu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.