nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan semarak api perkauman, perpecahan – Nazlan

22 JULAI: Semua Ahli Parlimen seharusnya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di Dewan Rakyat supaya tidak menimbulkan salah faham dan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ahli Parlimen BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau bimbang perbuatan sebegitu akan menyemarakkan lagi perpecahan dan api perkauman dalam kalangan rakyat.

Beliau juga kecewa dan kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen PH yang cuba mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama dengan memberikan gambaran kurang tepat mengenai kes perobohan kuil Hindu di Kedah oleh kerajaan negeri.

“Kita jangan membangkitkan isu yang boleh menyemarakkan perasaan perkauman dan semangat anti antara agama dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Cukup…cukuplah kita memainkan isu perobohan kuil demi kepentingan politik,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Nazlan mengecam tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang berterusan mempersoalkan kesahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, punca utama kejatuhan PH adalah akibat perebutan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin pembangkang sendiri.

“Kita memang bersedia menjadi pembangkang sehingga PRU-15 akan datang. Namun, PH jatuh kerana perebutan jawatan utama dan peletakan jawatan Ahli Parlimen PH Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebagai Perdana Menteri.

“Walaupun Ahli Parlimen Shah Alam menafikan puncanya kerana Langkawi meletakkan jawatan ketika berucap pada 17 Julai lalu namun hakikatnya tidak boleh dinafikan.

“Justeru, saya bimbang apabila ucapan kita didengari oleh rakyat di luar sana maka seolah-olah kita mengembangkan semangat anti institusi diraja di negara kita,” jelasnya.

Ahmad Nazlan berkata, sebagai contoh, insiden menconteng mural pemimpin negara di Shah Alam dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong.

“Pada saya kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menangani sepatutnya mendapat sanjungan daripada rakyat. Semua ahli Parlimen tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong memanggil dan bertanya kepada kita siapa yang patut dilantik sebagai Perdana Menteri seterusnya dan tiada seorang pun daripada kita dalam dewan ini dikecualikan.

“Kalaulah semua Ahli Parlimen PH hanya memilih seorang calon sahaja iaitu Langkawi maka tidak mungkin kerajaan PN yang terbentuk yang ada hari ini akan terbentuk,” ujarnya.

Beliau memberitahu, semua Ahli Parlimen perlu berlaku jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri kerana mereka hanya diminta menulis nama calon Perdana Menteri tanpa campur tangan, perintah atau paksaan daripada Seri Paduka.

“Bagaimanapun ada dalam kalangan kita sengaja menyebarkan khabar angin kononnya Tuanku sengaja memilih Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan maka saya rasa ia satu pembohongan yang nyata apatah lagi jika dibuat di Dewan Rakyat yang mulia ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.