nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mengapa banyak kali tukar pertuduhan?

24 JULAI:Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan tentang tindakan peguamnya meminta mahkamah untuk membatalkan dakwaan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, perkara itu dilakukan ekoran tindakan pihak pendakwaan berkali-kali menukar pertuduhan terhadap dirinya selepas perbicaraan bermula dan saksi-saksi memberi kenyataan.

“Mula-mula, saya didakwa dalam mahkamah bahawa saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang SEDANG disediakan sebelum ianya dimuktamadkan dipinda.

“Lepas itu, pendakwa raya minta mahkamah untuk tukar pertuduhan menjadi saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang TELAH disediakan sebelum ianya dimuktamadkan, dipinda,” katanya melalui hantaran dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, keputusan permohonan Najib untuk membatalkan dakwaan meminda laporan audit 1MDB terhadapnya ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Ogos ini.

Dalam penghujahan hari ini, peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu permohonan pembatalan itu patut dibenarkan bagi mengelakkan penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah terhadap tertuduh.

Menurutnya, penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah dapat dilihat antaranya ketika pendakwaan dibenarkan meminda pendakwaan terhadap Najib.

Dalam pada itu, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan memberitahu selepas berbulan-bulan perbicaraan kes berjalan dan kebanyakan saksi-saksi penting pendakwa raya seperti Ketua Audit Negara dan Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri telah memberi penerangan dalam mahkamah, pihak pendakwa raya memohon mahkamah meminda tuduhan sekali lagi.

“Pihak pendakwa raya tiba-tiba mohon mahkamah meminda tuduhan sekali lagi petang tadi untuk menjadi saya telah mengarahkan laporan akhir audit yang telah muktamad yang kemudiannya dimuktamadkan semula,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa keputusan yang telah dicapai dan dimuktamadkan dalam mahkamah boleh dipinda.

“Entah apa benda yang sudah muktamad boleh dimuktamadkan semula dan kenapa pertuduhan boleh ditukar-tukar mengikut keterangan saksi.

“Sebab itu, peguam saya berpendapat terdapat penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah terhadap saya serta kes pendakwaan amat lemah kerana saksi-saksi utama memberi kenyataan yang tidak berpihak pada pendakwa raya dan minta mahkamah untuk membatalkan kes ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.