nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jalani perintah kuarantin di penjara bagi kes ingkar

24 JULAI: Individu ingkar perintah kuarantin di rumah bagi mencegah penularan COVID-19 wajar menjalani proses terbabit di penjara sehingga disahkan bebas wabak berkenaan.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim berkata tindakan seumpama itu perlu kerana segelintir individu yang bersikap tidak bertanggungjawab dan tetap berdegil keluar walaupun diarah menjalani proses kuarantin di rumah selepas disyaki menghidap COVID-19.

Berikutan itu Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis perlu melakukan siasatan segera dan jika ia benar maka ia satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

“Saya sarankan pesalah didakwa di mahkamah dan jika bersalah pendakwa raya tuntut supaya pesalah menjalani perintah kuarantin di penjara, bukan di hotel.

“Saya percaya di penjara pun ada sel pengasingan yang boleh digunakan. Ia bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat. Jika tidak, masyarakat tidak mengambil serius tanggungjawab sosial ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya di sini.

Dr Lokman berkata demikian dipercayai mengulas tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melanggar arahan kuarantin di rumah dengan keluar ke merata-rata tempat awam termasuk pasaraya, kedai makan dan restoran seperti tular di media massa, sejak kebelakangan ini.

Media hari ini turut melaporkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang mendapat arahan kuarantin di rumah ditangkap sedang berkeliaran di kedai makan di Kampung Jering, Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata ketika ditangkap lelaki itu memakai gelang tangan merah jambu yang sepatutnya menjalani kuarantin COVID-19 di rumah.

“Lelaki itu dikesan sedang berkeliaran di kedai makan dan pemeriksaan pada gelang dipakainya mendapati kuarantin bermula pada 18 Julai lalu hingga 1 Ogos ini.

“Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dikompaun RM1000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan melaporkan kepada polis sekiranya ada individu yang memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memakai gelang berkenaan sekiranya mendapati mereka melanggar perintah kuarantin di rumah,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.